Ebiz ~ Handphone :: Penantian yang berakhir !

27 02 2007

27 Feb 2007 : akhirnya ! penantian saya berakhir hari ini…saya percaya mesti anda juga pernah merasai ‘ketiadaan handphone’ tak kira lah sama ada hilang, rosak…hantar servis…begitulah juga kesukaran saya selama ini kerana ketiadaan ‘handphone’…fuh !!! tu sebabnya saya rasa hepi sangat hari ini…hehehe !

Tapi bagi saya ini adalah satu ingatan…kerana buat pertama kalinya saya mengalami keadaan ini rasa mungkin ini adalah yang pertama dan terakhir bagi saya ‘ketiadaan handphone’…susah..memang susah !! kebanyakkannya di nombor – nombor penting rakan – rakan niaga saya ada di dalam tu…ceh ! [ padahal baru mahu mula ebiz ] tapi tu lah sekali buka tadi memang hilang semua nombor – nombor tu …tu pasal bila ada member – member mesej atau call saya tak tahu sapa ?! minta maaflah yer !

oklah berbalik kepada Ebiz nie…sekarang ni saya baru mula menggumpul bahan, cuba untuk mencari sumber rujukan berkenaan dengan ebiz nie…rasa macam best pula bila baca ramai di antara rakan – rakan di Malaysia ini khusunya yang sudah mula bergiat aktif dengan Bizniz Internet ini…

Dah selalu lepak di cyber…mungkin inilah salah satu lagi cabang untuk sesapa saja termasuk saya yang berkeinginan untuk menjana pendapatan di Internet...terima kasih kepada Smartzul dan rakan – rakan lain yang mana telah memberikan panduan @ ilmu berkenaan dengan bagai mana kita Boleh mendapat / menjana pendapatan melalui internet…

Sekarang nie saya nak kena fahamkan dulu ebiz…perancangan memang dah ada… tapi sebelum itu kena timba ilmu…sambil – sambil tu kling ! klilng ! [ idea ebiz saya  ]…memang dah tak sabar…tapi tunggguuu !!!

ps : apapun yang kita lakukan, yang penting kita kena ada ASAS…sapa yang terbaca blog ni bagi rakan – rakan ebiz yang dah PRO pasti akan tersenyum [ macam pernah dengar jer ayat tu ]

wassalam





BILA AKU BERCERITA…

19 02 2007

18 Februari 2007 :: Ahad

Penting tak penting tapi aku nak juga critakan dan nak kongsikan semua yang sedang membaca blog aku sekarang ni..terima kasih…Jam 10.00 pagi – ‘housemate’ aku minta hantar gi simpang dekat jalan utama ..sebab dia kata teksi tak ambil sebab dah penuh…siap booking tu..kesian juga kat housemate sebab dia kena tunggu, sekali tengok tak kena ambil pula..kebetulan pagi tu memang aku nak beli gas hihihi…semalam gas abis !!! time tu aku nak masak ayam …tak jadi aku ‘try’ resipi baru….tet !

 

Masa di kedai runcit di IP..time aku nak bayar di kaunter..depan aku ada seorang atuk lelaki…dia mau beli coklat [ coklat tersebut diletakkan di atas meja ]…rasanya dia mau bagi kat cucu dia

 

Tapi apa yang menyentuh hati aku…masa dia nak bayar..tetiba ’casher’ tu kata ‘pakcik dua ringgit lebih nie’…harga bagi coklat yang di ambilnya. Mungkin duit atuk tu tidak cukup..dia letak balik coklat itu di tempat dia ambil tadi..masa dia lalu depan aku..aku nampak dia masukkan duit seringgit di poket bajunya.

 

Astagfirullah..terfikir oleh ku apa perassannya masa itu…kalau lah coklat itu hendak diberikan kepada cucu atau sesiapa saja yang sememangnya dia rasa dia nak bagi..mungkin ada sedikit kehampaan yang di rasainya kerana dia tidak mampu berbuat demikian…aku keluar dari kedai kerana pada ketika itu terlalu ramai orang yang hendak berurusan di kaunter.

 

Aku perhatikan atuk tadi sedang berjalan di hadapan klinik sihat…selang beberapa kedai dari kedai yang di tinggalkan tadi…aku masuk semula ke kedai dan mengambil coklat, aku lihat coklat yang di letakkan oleh atuk itu tadi masih lagi ditempat yang sama. Selesai di kaunter, aku cari atuk tadi di kawasan yang dia lalu…kawasan restoran ziemal pun dia tiada…lihat di kawasan perumahan pun dia tiada…pendek kata semua kawasan kedai di IP tu memang sudah di tengok kalau – kalau atuk tadi tu masih ada…tapi sayangnya memang aku tak jumpa…jauh di sudut hatiku..mungkin ini bukan rezki untuk aku berjumpa semula dengannya…meskipun sedikit rasa kecewa hadir di hatiku sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan kerana aku tidak dapat memberikan coklat yang mungkin ‘biasa’ bagi kita tapi bagi atuk itu…coklat itu mungkin adalah hadiah paling bermakna buat sesiapa yang menerimanya…Semoga kebahagian..keselamatan dan kesejahteraan di berikan kepada atuk dan keluarganya

 

Keadaan itu bermain di fikiran ku…inilah kehidupan ! aku menarik nafas panjang kerana peristiwa pagi itu mengingatkan aku pada kejadian ketika aku berjumpa dengan atuk selepas sembahyang jumaat di masjid bandaraya suatu ketika dulu…apapun kepada sesiapa yang sedang membaca blok ku ini…untuk memberi peringatan kepada diriku dan juga sesiapa saja…sayangilah keluarga selagi mereka masih ada di dunia ini…kasih sayang, kebahagian dan kegembiraan orang – orang yang kita sayangi itu tidak akan ada penggantinya ..sayangi mereka seadaanya

Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini dalam apa jua perkara [ kebaikkan ] yang kita lakukan…

 

ps :: bumi mana tidak di timpa hujan…laut mana tidak bergelora…adakalanya kita sebagai manusia biasa punya masa gembira dan berduka… kita perlu ingat ! tinggi mana darjat yang kita ada…bila tiba saatnya hanya kain putih yang akan membaluti kita…syukurilah apa yang kita miliki kini dan ingatlah pada insan – insan lain yang memerlukan…meskipun mereka diklasfikasikan dalam kumpulan orang – orang misikin…tapi mereka juga punya hak untuk tersenyum di bumi milik Allah ini…

 

 

 





Bestnyer : wordpress…!!!

18 02 2007

18 februari 2007 :: Ahad

Saya suka dengan adanya wordpress ini sebab saya boleh menulis…dan inilah salah satunya tempat bagi sesiapa sahaja yang suka menulis seperti saya…saya boleh taip apa saja disini…hehehehe…semuanya hanya di hujung jari..betulkan !

Tapi yang pastinya semua yang akan di masukkan dalam bayukk ini adalah yang ‘sharing info’ ngan sesiapa saja yang membaca…ada crita skit – skit pasal saya tu hehehe baca sajalah !!!

Kebetulan anda dah baca kat sini…ni saya nak bagi tau nie…jgn lupa lawatilah blog saya yang lain…ader kat side bar tu…cuba tgk – tgk kat tepi tu adakan ? hihihi..sebab blog saya ada juga buka blog pasal Ea Index yang lebih hangat daripada biasa..hihihi…

Susah – susah beginilah senang :

:: www.eaindex.wordpress.com ::

Blog ni pasal index- hah ! sesapa kawan – kawan yang sedang mencari bagimana cara untuk menaja pendapatan lebih…boleh join bayukk’s Team kat sini…jangan lah malu – malu…jom…tak percaya ‘u try ‘ !!!

:: www.rahsiapetua.wordpress.com ::

Kat blog nie pula saya akan masukkan / letakkan info – info pasal kesihatan…sapa – sapa nak sharing info pula bleh juga…sebab sambil – sambil tu best gak ! peringatan untuk diri saya sendiri…

Okey lah…nanti banyak benda lagi yang saya nak tulis kat blog nie…jadi selalu – selalu lah berkunjung ke bayukk nie k…

 

-wassalm -

 

 

 





Cuti…

17 02 2007

17 Feb 2007 : Cuti…heheheh bestnyer ! kemarin lepas ambil adik aku di Tuaran, terus pg KK…alamak ! jammed pula…rupa – rupanya ada ‘tamu’ sempena chinese new year…sempat juga kami jalan – jalan pg tgk di Pasar tu…bagi sesapa yang nak p sana bleh lah jalan – jalan ambil kesempatan terutama rakan – rakan yang bercadang untuk pg bercuti di Kota Kinabalu…lokasi ‘tamu’ di hadapan hotel le merideen…atau ringkasnya dekat pasar kraftangan kk tu…banyak juga lah barang yang di jual disana…kalau nak tau p tgk sendiri…tapi kena ingat…jln pastinya ‘jammed’…

aiks ! aku bangun lambat sebab semalam balik lewat…jumpa ‘my uncle’ bincang pasal EA…pagi ni pula aku kena hantar adik aku pg umah kakak aku di Kg Keramat [ KK ]…kira lambat sudah hantar adik aku…

hihihi…singgah jap di cyber !!! biasa ini aktiviti wajib aku…setiap hari. Lepas tu balik umah…petang nak ambil adik aku pula…yahooooooooo…kepada rakan – rakan yang balik kg…pandu dengan berhati – hati…semoga selamat sampai ke destinasi ..

..bayukk akan kembali lagi…babai !





BTN…

15 02 2007

Awal tahun 4 – 8 Januari 2007 !! aku p BTN Kenegaraan…hihii..best ! Kursus Pertama untuk tahun baru 2007…di Membakut Eco Lake Traning Centre…

img_0425.JPG

Malaysia

Saya sayang Malaysia

Malaysia tanah air tercinta

Setia, aman dan maju

Malaysia tumpah darahku

Kerana mu Malaysia

Tanah airku tercinta

‘I love Malaysia’

Kerana rasuah hilang Negara

Malaysia tanah air bersama

Setia untuk mu Malaysia

 

Kumpulan 4

Perserta BTN KeNegaraan

04 – 08 2007

Membakut Lake Eco Traning Centre





TELEFON KU…

15 02 2007

Sudah masuk minggu ke 2…tapi telefon ku blum siap – siap…arrgghhh !..TeNsioN ! yang paling bestnyer..telefon ku kena antar lah pula Pg KL..huhuhuhu…

nokia1.JPGBila petang tadi [ 15feb2007 ] aku call tanya kat opis dorang di KOTA KINABALU…adalah seorg Jurucakap nie bagi tau ‘my phone’ belum lagi kena antar pg KL…aik aku pun heren..bila lagi dorang mau antar..dia kata ‘org yg buat’ tu sudah bercuti..aku tanya bila ‘org yang buat’ tu datang balik berkerja…kelam kabut dia lari – pura – pura kali atau dia buat – buat sibuk …masa tu kalau itu pun dia tidak tau…memang [ mau marah lah ni kunun ] lepas tu trus ‘ jurucakap’ ni bagi tau…aik, minta maaf baru kena bagi tau…sekali ‘check’ di KOMPUTER…[ sambil tersengeh - sengeh ]..sudah pula kena antar p KL

Nasib itu jawapannya…Lega aku skit..ni besok mau kasih ‘confirm’ lagi di KL dorang sudah terima ka tu aku punya ‘talipon’…

Yang bikin aku susah hati…ramai bizniz partner EA aku punya nombor ‘talipon’ di sana…skrg nie aku menghitung ari..bila kah ‘talipon’ ku kembali ke Kota Kinabalu…

nota :

bikin = buat





AKHIRNYA…

14 02 2007

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Setelah beberapa bulan aku tidak mengaktifkan diri dengan dunia Forex…entah kenapa tetiba pula aku tefikir balik nak mengaktifkan diri …hehehehe…bukannya apa..sana sini ada saja kita dengar ‘bizniz’ baru..dengan % yang boleh menggugat sesiapa saja untuk ‘join’ bagi mendapatkan hasil yang lumayan…cepat..tapi sesiapa yang baru dengan Dunia ‘Online Investment ‘ ini perlu HATI – HATI…OPOSsstttt !!

Jangan terlalu ikut perasaan geng ! bahaya…dan satu lagi jangan TAMAK !…kuang kuang  kuang…

Dan perlu di ingat bahawa semua itu ada risiko dan diri sendiri kena tanggung…

 Hari ini [ 14 Feb 2007 ] – besstt pula ! sebab baru aku buka semula akaun e-Gold aku yang telah lama aku tak buka…hehehehe…skrg ni nak recall semula…FOREX KEMBALI LAGI….yaaaaaaa $$$ <— kekawan aku yang masih aktif sekarang – itu mereka dapat tiap – tiap hr…fuyoooo !

Kepada rakan – rakan semua yang aktif dengan ‘online investment’ semoga berjaya…

- Babai -