BIKINPANAS BLOG

25 03 2007

Apakabar? salam hujung minggu pada anda semua…saya nak bagi tau sebab dengan adanya Blog ‘Bikin Panas’…tu salah satu blog saya yang hanya menghimpunkan crita – crita dunia selebriti tanah air bukan setakat artis kat malayisa ni jer…termasuk jugalah artis – artis dari luar negara.

pastinya isu – isu hangat…sensasi dan pelabagi cerita menarik bagi peminat – peminat seni tanah air akan kita kongsikan bersama…

salam

logo-ttgn-bayukk.JPG





AKADEMI FANTASIA :: KOMEN PANAS !!!

24 03 2007

Apakabar? semua peminat – peminat AF…Fuhhh…saya pasti ramai yang telah melihat konsert pertama AF musim ke 5 pada sabtu lepas..dan salah satu ’saat’ yang dinantikan ialah semasa Aznil memperkenalkan barisan pengkritik yang akan memberikan komen – komen mereka sepanjang berlangsungnya AF kali ini.

Nama – nama pengkritik cukup hebat…sapa tidak kenal dengan Fauziah Latif, Hattan dan juga Kak Ogy…sorakan gemuruh diberikan sebaik sahaja Aznil memperkenalkan barisan pengkritik…saya juga dapat merasakan akan ‘kekuatan’ barisan pengkritik kali ini.

Dan buat pertama kalinya, pada malam minggu sabtu lalu…mereka memberikan komen selepas sahaja para pelajar AF tersebut selesai membuat persembahan…dan saya juga turut merasakan ‘kegerunan’ bila sampai sahaja pengkritik yang ke3…siapa lagi kalau bukan Kak Ogy..ingatkan saya saja yang merasakan begitu, malah Dr. yang bagi motivasi kat Akademi pun merasakan perkara yang sama…aiks !! mesti anda tertanya – tanya macam mana saya boleh tau..hah! sapa – sapa yang ada tengok debat AF minggu lalu pasti tahu…

Meskipun komen yang diberikan oleh Ogy agak ‘Pedas’ rasanya memang patut pun sebab pelajar – pelajar AF itu TIDAK BOLEH DIMANJAKAN…betul tak?

Lagi pun mereka yang pilih untuk mengikuti AF ni. Jadi perlulah mereka bersiap sedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi  ’gelora’ dunia artis yang sebenar.

Opsstt ! kepada semua yang sering mengikuti perkembangan AF atau kepada peminat – peminat fanatik AF…dan kepada para pengundi, segalanya di tangan anda…nilailah dari bakat atau kualiti yang mereka ada bukan kerana…faham – faham saja la…

Semoga Malaysia dapat melahirkan seorang lagi bintang atau anak seni yang benar – benar mampu memartabatkan dunia seni tanah air kita ke persada antarabangsa…

ps : AF malam ni…

salam

logo-ttgn-bayukk.JPG





AKU & HANDPHONE

21 03 2007

Apakabar? hah!!! sekarang ni memang best sangat sebab masa saya tengah hadir kursus baru – baru ni di Shah Alam …tak sangka sempat juga rakan – rakan saya order prepaid…semua nak minta ‘urgent’…tapi apa nak di risaukan…semuanya hanya di hujung jari, saya hanya ‘transfer’ kan saja dari Handphone nokia saya tanpa perlu pergi ke mana – mana…bestkan?!!! tak percaya cubalah !!

Bagi  rakan – rakan yang baru baca blog ini…hah !! bolehlah kiranya anda membaca ‘cerita – cerita saya’ saya yang terdahulu bagaimana handphone boleh menjana pendapatan anda…nak tau lebih lanjut klik :: disini ::

- bayukk-

KK – ShahAlam – KL – KK





BBA SALES KINI KEMBALI !!!

13 03 2007

Akan berlangsung BBA Sales yang di adakan oleh pelajar – pelajar BBA…dan program ini akan diadakan selama 2 hari bermula pada 14 – 15 Mac 2007…bertempat di fasa 3…datanglah beramai – ramai !!!

Tadi petang buat raptai…dan masa duduk dekat pondok tengah saya sembang dengan rakan..aiks ada pula ‘customer’ sapa lagi pelajarlah, hantar mesej nak ‘reload’celcom RM10…sempat juga saya tunjukkan mesej tersebut pada kawan yang tengah rancak bersembang…sambil tersenyum kawan tadi mengatakan sesuatu yang ‘positif’..saya hanya mengiyakan saja…apalagi dia joinlah ! syukran !

Betapa hebatnya Handphone’ masa kini !!! kerana di mana pun saya berada selagi ada ’signal’ selagi itulah urusniaga boleh dibuat…tak percya cuba lah !!





UiTM sedia ambil 28,400 pelajar baru

13 03 2007

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 28,400 tempat untuk pelajar baru kursus diploma dan ijazah pertama pada sesi Julai ini, menjadikannya universiti yang mengambil pelajar terbesar di negara ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pengambilan kali ini meningkat 3,400 pelajar, berbanding 25,000 tempat pada Julai tahun lalu.

Daripada jumlah pengambilan Julai ini, 12,900 tempat untuk kursus ijazah pertama, manakala 15,500 diploma.

“Tahun ini, UiTM juga menyediakan 339 kursus, termasuk lima kursus baru untuk diploma dan tujuh kursus baru di peringkat ijazah pertama,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Prof Ibrahim berkata, empat kursus asasi baru diperkenalkan tahun ini membabitkan bidang sains, farmasi, kejuruteraan dan undang-undang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan UiTM tetap mengutamakan kualiti dalam memproses pengambilan pelajar baru dengan menetapkan kelayakan standard 5A di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke program asasi dan lima kredit bagi program diploma.

Selain itu, katanya, satu perkara menarik diperkenalkan UiTM tahun ini ialah lepasan SPM yang memohon memasuki program Diploma Seni Bina, akan berpeluang memiliki ijazah hanya dengan kelayakan SPM.

“UiTM sudah menaik taraf status Diploma Seni Bina menjadi Ijazah Sains Seni Bina yang diiktiraf kerajaan sebagai program ijazah sah.

“Sehubungan itu, 90 pelajar SPM yang diterima memasuki program ini di UiTM Shah Alam dan Perak akan memiliki ijazah hanya dengan kelulusan SPM lima kredit, sama seperti kelayakan diploma,” katanya.

Prof Ibrahim berkata, keputusan kemasukan ke UiTM untuk program diploma bagi pengambilan Julai ini akan diketahui pada pertengahan Mei ini, manakala peringkat ijazah pertama pertengahan Jun.

Permohonan untuk memasuki UiTM akan ditutup 10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan Model Imbangan Kuantiti-Kualiti Lima E (Q-Q 5E) bagi mencapai 200,000 enrolmen pelajar UiTM menjelang 2010, hari ini.

Pada majlis sama, Abdullah juga akan melancarkan ‘Hadhari Scorecard’ yang diperkenalkan UiTM bagi mengimbangi pengukuran tamadun rohani dan lahiriah berdasarkan lima perspektif, iaitu integrasi organisasi, pengurusan kewangan, pembangunan modal insan, pemantapan sistem penyampaian dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan.

sumber :Berita Harian 13 Mac 2007





BARANG HANGAT !!!

12 03 2007

Mungkin ramai yang tidak menyedari atau tidak mengetahui perkara ini…dan bagi mungkin juga ada yang tahu perkara ini tapi buat – buat tidak tahu atau dalam istilah yang kurang sedap di dengar MALAS !!!  Hah ! inilah antara halangan – halangan yang membatasi anda ! untuk melakukannya.

Mesti anda tertanya – tanya apakah benda yang saya ingin ketengahkan disini…dan jangan cepat melatah..ehh tak der maknanya !!! sebab anda akan terfikir dan selepas itu cubalah pertimbangkan sewajarnya di manakah kedudukan anda sebenarnya, selepas sahaja anda membaca ‘tulisan’ saya ini…dan saya juga mengharapkan ‘respond’ anda berkenaan perkara yang akan saya bicarakan ini…bolehkan?

Ceritanya :

Jika selama ini kita membeli barang A  tapi selama mana kita guna / membeli barang A tersebut kita TIDAK MENDAPAT APA – APAPUN…RUGI Wooo..tapi ader orang yang tak Rugi..pastinya tempat yang kita beli tu lah !!!

TETAPI apakah reaksi anda bila anda membeli benda yang sama dan anda ada pula ganjarannya…?!! Ye ker? ader kah macam tu ? jawapanya memang ada…sebab itu saya katakan di awal – awal tadi…

Tambahan pula, barang A tersebut teralu dekat dengan kita dan sentiasa bersama kita walau di mana jua kita berada…begitu juga dengan orang – orang yang kita sayangi…dan sesiapa jua, barang A tersebut TERLALU DEKAT dengan kehidupan kita…APAKAH KITA SEDAR AKAN SEMUA INI ?

Dan nak tahu apa barang tersebut…?! sila tinggalkan komen anda disini !!!

Terima kasih kerana meluangkan masa anda !!!

- wassalam -





PENILAIAN KITA = BAKAT ATAU ?!!

12 03 2007

Alangkah baiknya jika semua rakyat Malaysia memilih calon – calon yang mengikuti program – program realiti TV nie…menilai kerana Bakat !

Saya amat setuju dengan Sabri Yunus & Jalil Hamid yang ‘mengingatkan’ kepada semua penonton yang sedang menonton Final Raja Lawak…sebab ada kebenaran di sebalik apa yang diperkatakan…dan yang bestnya selepas sahaja keputusan itu di umumkan…ramai ‘chatters’ di channel 15 bersetuju dengan keputusan tersebut…meskipun ada segelintir yang tidak berpuas hati!!! hah ! macam ni baru lah kita dapat menghasilkan pengiat seni yang sepatutnya berada di persada seni…bukan kerana tet !!! [ faham - faham aje lah ]

Harap – harap begitulah keadaanya semasa AF5 ini berlangsung…hasil yang berkualiti, bak kata Fara Fauzana & Wahid di penghujung siaran Melodi…’kurangkan kontravesi tingkatkan prestasi’

Nanti kita sambung lagi…





DEMAM AKADEMI FANTASIA 5

11 03 2007

af-tu.JPG

‘Menuju puncak….‘ hah ! pastinya ramai juga yang meminati Akademi Fantasia !! yang sedang menantikan kehangatan / bahang AF ini

Dan telah pun berlangsung tirai akademi fantasia Bahagian 1 pada hari Sabtu 10 Mac jam 8.30 malam…seperti biasa bersama dengan Aznil HJ Nawawi !!! [ stop lagi program MACAM - MACAM AZNIL ] hehehehe !!!

Dan bahagian 2 Tirai AF5 pada malam ahad 8.30 malam…masa ni lah kita dapat tengok reaksi – reaksi calon – calon AF5 yang apabila mereka di beritahu bahawa mereka adalah salah seorang peserta AF musim ke 5 ini…ada juga yang menangis sampai nak pitam…issshhh…isshh…sebab tak percaya ni !! apa tidaknya calon – calon AF yang hadir audition pun ramai…cecah juga 5000 orang…!

aik..apa pula bayukk crita pasal AF ni ? hahahah opstt !!! - sebenarnya ramai yang TIDAK TAHU…bila bermulanya AF ni…ada orang yang akan tersenyum lebar…kenapa ?!! sebab masa AF ni lah juga mereka mengambil kesempatan untuk menjana lebih pendapatan…sapa?…aik salah satunya sapa – sapa yang ada restoran / warung atau mana – mana lah tempat lepak yang ada ASTRO…dan juga kedai – kedai yang menjual PREPAID KAD…betulkan?

bak kata orang sambil meyelam minum air…manalah tau masa – masa sibuk nak tonton AF dan nak Afundi tu…tiba – tiba reload habis. Jangan risau, sebab mulai sekarang anda tak perlu risau siang / malam dan di saat – saat kecemasan [ kedai prepaid tutup ] sebab segalanya pasti akan terjawab…dengan adanya :: kedaireloadonline ::

Agent di perlukan di seluruh malaysia !!! jadi jangan lepaskan peluang serati kami sekarang !!! afundi – afundi juga…sambil afundi anda dapat income sendiri…fuyoo..best nyer!!!

wokey lah…bab pasal AF ni nanti kita sambung lagi…pasti hangat…kerana kita menyaksikan siapakan yang bakal menjadi Juara AF5…masih terlalu awal untuk menentukannya…kita tungggguuuuu !!!!

…akan bersambung !

wassalam !





EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007

11 03 2007

web_expo.jpg

Baru – baru ini telah berlangsung EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007 bagi selurus sistem UiTM di Malasyia. Jesteru, UiTM Sabah turut mengadakan EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007 pada 10 & 11 Mac 2007 di Palm Square centre Point, Sabah bermula jam 10 pagi hingga jam 8.00 malam. 

bagi mereka yang telah berkunjung ke tapak Expo berkenaan jutaan terima kasih di ucapkan dan jika ada sebarang kemuskiilan…jangan malu dan jangan segan…untuk bertanya.

untuk mendapatkan maklumat lanjut anda klik disini :: UiTM ::

- wassalam -