UiTM sedia ambil 28,400 pelajar baru

13 03 2007

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 28,400 tempat untuk pelajar baru kursus diploma dan ijazah pertama pada sesi Julai ini, menjadikannya universiti yang mengambil pelajar terbesar di negara ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pengambilan kali ini meningkat 3,400 pelajar, berbanding 25,000 tempat pada Julai tahun lalu.

Daripada jumlah pengambilan Julai ini, 12,900 tempat untuk kursus ijazah pertama, manakala 15,500 diploma.

“Tahun ini, UiTM juga menyediakan 339 kursus, termasuk lima kursus baru untuk diploma dan tujuh kursus baru di peringkat ijazah pertama,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Prof Ibrahim berkata, empat kursus asasi baru diperkenalkan tahun ini membabitkan bidang sains, farmasi, kejuruteraan dan undang-undang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan UiTM tetap mengutamakan kualiti dalam memproses pengambilan pelajar baru dengan menetapkan kelayakan standard 5A di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke program asasi dan lima kredit bagi program diploma.

Selain itu, katanya, satu perkara menarik diperkenalkan UiTM tahun ini ialah lepasan SPM yang memohon memasuki program Diploma Seni Bina, akan berpeluang memiliki ijazah hanya dengan kelayakan SPM.

“UiTM sudah menaik taraf status Diploma Seni Bina menjadi Ijazah Sains Seni Bina yang diiktiraf kerajaan sebagai program ijazah sah.

“Sehubungan itu, 90 pelajar SPM yang diterima memasuki program ini di UiTM Shah Alam dan Perak akan memiliki ijazah hanya dengan kelulusan SPM lima kredit, sama seperti kelayakan diploma,” katanya.

Prof Ibrahim berkata, keputusan kemasukan ke UiTM untuk program diploma bagi pengambilan Julai ini akan diketahui pada pertengahan Mei ini, manakala peringkat ijazah pertama pertengahan Jun.

Permohonan untuk memasuki UiTM akan ditutup 10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan Model Imbangan Kuantiti-Kualiti Lima E (Q-Q 5E) bagi mencapai 200,000 enrolmen pelajar UiTM menjelang 2010, hari ini.

Pada majlis sama, Abdullah juga akan melancarkan ‘Hadhari Scorecard’ yang diperkenalkan UiTM bagi mengimbangi pengukuran tamadun rohani dan lahiriah berdasarkan lima perspektif, iaitu integrasi organisasi, pengurusan kewangan, pembangunan modal insan, pemantapan sistem penyampaian dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan.

sumber :Berita Harian 13 Mac 2007

About these ads

Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: