MINGGU YANG HOT !

15 04 2007

Minggu lepas memang saya sibuk sampai tak ada masa untuk singgah melawati blog – blog rakan – rakan yang biasa saya lawati…sekarang semuanya dah beres hanya perlu menyelesaikan saki baki…

Dan dalam minggu ini jugalah ada beberapa berita hangat yang sedang rancak diperbualkan bukan sahaja pihak media malah semua orang…pasal Fatwa Haram : pelaburan Internet…

Baru – baru ini pasal budak ‘Yin’ yang hilang kemudian syukur alhamdulillah kerana pada 14 April 2007 telah dipertemukan kembali dengan ibubapanya…tapi ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi kerana kalau diikut rasional atau logik akal, kenapa setelah sekian lama baru kanak – kanak itu di kembalikan…dan di Buliten Utama TV3 pada 15 April pula memaparkan isu yang sama kenapa ‘Yin’ di botakkan…dan pelbagai lagi speklulasi yang di timbulkan…hati ibubapa mana yang tidak resah bila anak kecil yang biasa bermain, menangis di depan mata tiba – tiba tiada…yang pastinya dengan penemuan ‘Yin’ kini dapat  menceriakan semula keluarga berkenaan…

15yin.jpg

 Nampaknya rakyat malaysia memang prihatin…semoga apa yang berlaku ini akan memberikan kita ingatan terutama kepada mereka yang gemar membawa kanak – kanak ke mana – mana sahaja…ingat jangan lepaskan anak – anda merayau – rayau tanpa pengawasan anda…

– salam –





Andai ku tahu !

5 04 2007

 Andai Ku Tahu – Ungu (album Surgamu)

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yg terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu





BILA ADA MASA !

4 04 2007

Apakabar? lama juga saya tidak menulis di ruangan saya ini, bila tengok kat blog rakan – rakan yang lain semua aktif dengan rencana @ cerita masing – masing.

Bukan tak ader idea tapi sejak kebelakangan ini, saya ada benda yang perlu di ‘settle’ kan…tapi saya cuba juga ambil masa yang ada walaupun sekejap agar saya dapat menjenguk seketika blog saya ini…hihihi !

…nanti akan kembali !

salam

 logo-ttgn-bayukk.JPG





BIKINPANAS BLOG

25 03 2007

Apakabar? salam hujung minggu pada anda semua…saya nak bagi tau sebab dengan adanya Blog ‘Bikin Panas’…tu salah satu blog saya yang hanya menghimpunkan crita – crita dunia selebriti tanah air bukan setakat artis kat malayisa ni jer…termasuk jugalah artis – artis dari luar negara.

pastinya isu – isu hangat…sensasi dan pelabagi cerita menarik bagi peminat – peminat seni tanah air akan kita kongsikan bersama…

salam

logo-ttgn-bayukk.JPG





AKADEMI FANTASIA :: KOMEN PANAS !!!

24 03 2007

Apakabar? semua peminat – peminat AF…Fuhhh…saya pasti ramai yang telah melihat konsert pertama AF musim ke 5 pada sabtu lepas..dan salah satu ‘saat’ yang dinantikan ialah semasa Aznil memperkenalkan barisan pengkritik yang akan memberikan komen – komen mereka sepanjang berlangsungnya AF kali ini.

Nama – nama pengkritik cukup hebat…sapa tidak kenal dengan Fauziah Latif, Hattan dan juga Kak Ogy…sorakan gemuruh diberikan sebaik sahaja Aznil memperkenalkan barisan pengkritik…saya juga dapat merasakan akan ‘kekuatan’ barisan pengkritik kali ini.

Dan buat pertama kalinya, pada malam minggu sabtu lalu…mereka memberikan komen selepas sahaja para pelajar AF tersebut selesai membuat persembahan…dan saya juga turut merasakan ‘kegerunan’ bila sampai sahaja pengkritik yang ke3…siapa lagi kalau bukan Kak Ogy..ingatkan saya saja yang merasakan begitu, malah Dr. yang bagi motivasi kat Akademi pun merasakan perkara yang sama…aiks !! mesti anda tertanya – tanya macam mana saya boleh tau..hah! sapa – sapa yang ada tengok debat AF minggu lalu pasti tahu…

Meskipun komen yang diberikan oleh Ogy agak ‘Pedas’ rasanya memang patut pun sebab pelajar – pelajar AF itu TIDAK BOLEH DIMANJAKAN…betul tak?

Lagi pun mereka yang pilih untuk mengikuti AF ni. Jadi perlulah mereka bersiap sedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi  ‘gelora’ dunia artis yang sebenar.

Opsstt ! kepada semua yang sering mengikuti perkembangan AF atau kepada peminat – peminat fanatik AF…dan kepada para pengundi, segalanya di tangan anda…nilailah dari bakat atau kualiti yang mereka ada bukan kerana…faham – faham saja la…

Semoga Malaysia dapat melahirkan seorang lagi bintang atau anak seni yang benar – benar mampu memartabatkan dunia seni tanah air kita ke persada antarabangsa…

ps : AF malam ni…

salam

logo-ttgn-bayukk.JPG





AKU & HANDPHONE

21 03 2007

Apakabar? hah!!! sekarang ni memang best sangat sebab masa saya tengah hadir kursus baru – baru ni di Shah Alam …tak sangka sempat juga rakan – rakan saya order prepaid…semua nak minta ‘urgent’…tapi apa nak di risaukan…semuanya hanya di hujung jari, saya hanya ‘transfer’ kan saja dari Handphone nokia saya tanpa perlu pergi ke mana – mana…bestkan?!!! tak percaya cubalah !!

Bagi  rakan – rakan yang baru baca blog ini…hah !! bolehlah kiranya anda membaca ‘cerita – cerita saya’ saya yang terdahulu bagaimana handphone boleh menjana pendapatan anda…nak tau lebih lanjut klik :: disini ::

– bayukk-

KK – ShahAlam – KL – KK





BBA SALES KINI KEMBALI !!!

13 03 2007

Akan berlangsung BBA Sales yang di adakan oleh pelajar – pelajar BBA…dan program ini akan diadakan selama 2 hari bermula pada 14 – 15 Mac 2007…bertempat di fasa 3…datanglah beramai – ramai !!!

Tadi petang buat raptai…dan masa duduk dekat pondok tengah saya sembang dengan rakan..aiks ada pula ‘customer’ sapa lagi pelajarlah, hantar mesej nak ‘reload’celcom RM10…sempat juga saya tunjukkan mesej tersebut pada kawan yang tengah rancak bersembang…sambil tersenyum kawan tadi mengatakan sesuatu yang ‘positif’..saya hanya mengiyakan saja…apalagi dia joinlah ! syukran !

Betapa hebatnya Handphone’ masa kini !!! kerana di mana pun saya berada selagi ada ‘signal’ selagi itulah urusniaga boleh dibuat…tak percya cuba lah !!