AKADEMI FANTASIA :: KOMEN PANAS !!!

24 03 2007

Apakabar? semua peminat – peminat AF…Fuhhh…saya pasti ramai yang telah melihat konsert pertama AF musim ke 5 pada sabtu lepas..dan salah satu ‘saat’ yang dinantikan ialah semasa Aznil memperkenalkan barisan pengkritik yang akan memberikan komen – komen mereka sepanjang berlangsungnya AF kali ini.

Nama – nama pengkritik cukup hebat…sapa tidak kenal dengan Fauziah Latif, Hattan dan juga Kak Ogy…sorakan gemuruh diberikan sebaik sahaja Aznil memperkenalkan barisan pengkritik…saya juga dapat merasakan akan ‘kekuatan’ barisan pengkritik kali ini.

Dan buat pertama kalinya, pada malam minggu sabtu lalu…mereka memberikan komen selepas sahaja para pelajar AF tersebut selesai membuat persembahan…dan saya juga turut merasakan ‘kegerunan’ bila sampai sahaja pengkritik yang ke3…siapa lagi kalau bukan Kak Ogy..ingatkan saya saja yang merasakan begitu, malah Dr. yang bagi motivasi kat Akademi pun merasakan perkara yang sama…aiks !! mesti anda tertanya – tanya macam mana saya boleh tau..hah! sapa – sapa yang ada tengok debat AF minggu lalu pasti tahu…

Meskipun komen yang diberikan oleh Ogy agak ‘Pedas’ rasanya memang patut pun sebab pelajar – pelajar AF itu TIDAK BOLEH DIMANJAKAN…betul tak?

Lagi pun mereka yang pilih untuk mengikuti AF ni. Jadi perlulah mereka bersiap sedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi  ‘gelora’ dunia artis yang sebenar.

Opsstt ! kepada semua yang sering mengikuti perkembangan AF atau kepada peminat – peminat fanatik AF…dan kepada para pengundi, segalanya di tangan anda…nilailah dari bakat atau kualiti yang mereka ada bukan kerana…faham – faham saja la…

Semoga Malaysia dapat melahirkan seorang lagi bintang atau anak seni yang benar – benar mampu memartabatkan dunia seni tanah air kita ke persada antarabangsa…

ps : AF malam ni…

salam

logo-ttgn-bayukk.JPG


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: