UiTM sedia ambil 28,400 pelajar baru

13 03 2007

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan 28,400 tempat untuk pelajar baru kursus diploma dan ijazah pertama pada sesi Julai ini, menjadikannya universiti yang mengambil pelajar terbesar di negara ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pengambilan kali ini meningkat 3,400 pelajar, berbanding 25,000 tempat pada Julai tahun lalu.

Daripada jumlah pengambilan Julai ini, 12,900 tempat untuk kursus ijazah pertama, manakala 15,500 diploma.

“Tahun ini, UiTM juga menyediakan 339 kursus, termasuk lima kursus baru untuk diploma dan tujuh kursus baru di peringkat ijazah pertama,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Prof Ibrahim berkata, empat kursus asasi baru diperkenalkan tahun ini membabitkan bidang sains, farmasi, kejuruteraan dan undang-undang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan UiTM tetap mengutamakan kualiti dalam memproses pengambilan pelajar baru dengan menetapkan kelayakan standard 5A di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke program asasi dan lima kredit bagi program diploma.

Selain itu, katanya, satu perkara menarik diperkenalkan UiTM tahun ini ialah lepasan SPM yang memohon memasuki program Diploma Seni Bina, akan berpeluang memiliki ijazah hanya dengan kelayakan SPM.

“UiTM sudah menaik taraf status Diploma Seni Bina menjadi Ijazah Sains Seni Bina yang diiktiraf kerajaan sebagai program ijazah sah.

“Sehubungan itu, 90 pelajar SPM yang diterima memasuki program ini di UiTM Shah Alam dan Perak akan memiliki ijazah hanya dengan kelulusan SPM lima kredit, sama seperti kelayakan diploma,” katanya.

Prof Ibrahim berkata, keputusan kemasukan ke UiTM untuk program diploma bagi pengambilan Julai ini akan diketahui pada pertengahan Mei ini, manakala peringkat ijazah pertama pertengahan Jun.

Permohonan untuk memasuki UiTM akan ditutup 10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan Model Imbangan Kuantiti-Kualiti Lima E (Q-Q 5E) bagi mencapai 200,000 enrolmen pelajar UiTM menjelang 2010, hari ini.

Pada majlis sama, Abdullah juga akan melancarkan ‘Hadhari Scorecard’ yang diperkenalkan UiTM bagi mengimbangi pengukuran tamadun rohani dan lahiriah berdasarkan lima perspektif, iaitu integrasi organisasi, pengurusan kewangan, pembangunan modal insan, pemantapan sistem penyampaian dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan.

sumber :Berita Harian 13 Mac 2007

Advertisements




BARANG HANGAT !!!

12 03 2007

Mungkin ramai yang tidak menyedari atau tidak mengetahui perkara ini…dan bagi mungkin juga ada yang tahu perkara ini tapi buat – buat tidak tahu atau dalam istilah yang kurang sedap di dengar MALAS !!!  Hah ! inilah antara halangan – halangan yang membatasi anda ! untuk melakukannya.

Mesti anda tertanya – tanya apakah benda yang saya ingin ketengahkan disini…dan jangan cepat melatah..ehh tak der maknanya !!! sebab anda akan terfikir dan selepas itu cubalah pertimbangkan sewajarnya di manakah kedudukan anda sebenarnya, selepas sahaja anda membaca ‘tulisan’ saya ini…dan saya juga mengharapkan ‘respond’ anda berkenaan perkara yang akan saya bicarakan ini…bolehkan?

Ceritanya :

Jika selama ini kita membeli barang A  tapi selama mana kita guna / membeli barang A tersebut kita TIDAK MENDAPAT APA – APAPUN…RUGI Wooo..tapi ader orang yang tak Rugi..pastinya tempat yang kita beli tu lah !!!

TETAPI apakah reaksi anda bila anda membeli benda yang sama dan anda ada pula ganjarannya…?!! Ye ker? ader kah macam tu ? jawapanya memang ada…sebab itu saya katakan di awal – awal tadi…

Tambahan pula, barang A tersebut teralu dekat dengan kita dan sentiasa bersama kita walau di mana jua kita berada…begitu juga dengan orang – orang yang kita sayangi…dan sesiapa jua, barang A tersebut TERLALU DEKAT dengan kehidupan kita…APAKAH KITA SEDAR AKAN SEMUA INI ?

Dan nak tahu apa barang tersebut…?! sila tinggalkan komen anda disini !!!

Terima kasih kerana meluangkan masa anda !!!

– wassalam –





PENILAIAN KITA = BAKAT ATAU ?!!

12 03 2007

Alangkah baiknya jika semua rakyat Malaysia memilih calon – calon yang mengikuti program – program realiti TV nie…menilai kerana Bakat !

Saya amat setuju dengan Sabri Yunus & Jalil Hamid yang ‘mengingatkan’ kepada semua penonton yang sedang menonton Final Raja Lawak…sebab ada kebenaran di sebalik apa yang diperkatakan…dan yang bestnya selepas sahaja keputusan itu di umumkan…ramai ‘chatters’ di channel 15 bersetuju dengan keputusan tersebut…meskipun ada segelintir yang tidak berpuas hati!!! hah ! macam ni baru lah kita dapat menghasilkan pengiat seni yang sepatutnya berada di persada seni…bukan kerana tet !!! [ faham – faham aje lah ]

Harap – harap begitulah keadaanya semasa AF5 ini berlangsung…hasil yang berkualiti, bak kata Fara Fauzana & Wahid di penghujung siaran Melodi…’kurangkan kontravesi tingkatkan prestasi’

Nanti kita sambung lagi…





DEMAM AKADEMI FANTASIA 5

11 03 2007

af-tu.JPG

‘Menuju puncak….‘ hah ! pastinya ramai juga yang meminati Akademi Fantasia !! yang sedang menantikan kehangatan / bahang AF ini

Dan telah pun berlangsung tirai akademi fantasia Bahagian 1 pada hari Sabtu 10 Mac jam 8.30 malam…seperti biasa bersama dengan Aznil HJ Nawawi !!! [ stop lagi program MACAM – MACAM AZNIL ] hehehehe !!!

Dan bahagian 2 Tirai AF5 pada malam ahad 8.30 malam…masa ni lah kita dapat tengok reaksi – reaksi calon – calon AF5 yang apabila mereka di beritahu bahawa mereka adalah salah seorang peserta AF musim ke 5 ini…ada juga yang menangis sampai nak pitam…issshhh…isshh…sebab tak percaya ni !! apa tidaknya calon – calon AF yang hadir audition pun ramai…cecah juga 5000 orang…!

aik..apa pula bayukk crita pasal AF ni ? hahahah opstt !!! – sebenarnya ramai yang TIDAK TAHU…bila bermulanya AF ni…ada orang yang akan tersenyum lebar…kenapa ?!! sebab masa AF ni lah juga mereka mengambil kesempatan untuk menjana lebih pendapatan…sapa?…aik salah satunya sapa – sapa yang ada restoran / warung atau mana – mana lah tempat lepak yang ada ASTRO…dan juga kedai – kedai yang menjual PREPAID KAD…betulkan?

bak kata orang sambil meyelam minum air…manalah tau masa – masa sibuk nak tonton AF dan nak Afundi tu…tiba – tiba reload habis. Jangan risau, sebab mulai sekarang anda tak perlu risau siang / malam dan di saat – saat kecemasan [ kedai prepaid tutup ] sebab segalanya pasti akan terjawab…dengan adanya :: kedaireloadonline ::

Agent di perlukan di seluruh malaysia !!! jadi jangan lepaskan peluang serati kami sekarang !!! afundi – afundi juga…sambil afundi anda dapat income sendiri…fuyoo..best nyer!!!

wokey lah…bab pasal AF ni nanti kita sambung lagi…pasti hangat…kerana kita menyaksikan siapakan yang bakal menjadi Juara AF5…masih terlalu awal untuk menentukannya…kita tungggguuuuu !!!!

…akan bersambung !

wassalam !





EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007

11 03 2007

web_expo.jpg

Baru – baru ini telah berlangsung EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007 bagi selurus sistem UiTM di Malasyia. Jesteru, UiTM Sabah turut mengadakan EXPO PENDIDIKAN UiTM 2007 pada 10 & 11 Mac 2007 di Palm Square centre Point, Sabah bermula jam 10 pagi hingga jam 8.00 malam. 

bagi mereka yang telah berkunjung ke tapak Expo berkenaan jutaan terima kasih di ucapkan dan jika ada sebarang kemuskiilan…jangan malu dan jangan segan…untuk bertanya.

untuk mendapatkan maklumat lanjut anda klik disini :: UiTM ::

– wassalam –





Ebiz ~ Handphone :: Penantian yang berakhir !

27 02 2007

27 Feb 2007 : akhirnya ! penantian saya berakhir hari ini…saya percaya mesti anda juga pernah merasai ‘ketiadaan handphone’ tak kira lah sama ada hilang, rosak…hantar servis…begitulah juga kesukaran saya selama ini kerana ketiadaan ‘handphone’…fuh !!! tu sebabnya saya rasa hepi sangat hari ini…hehehe !

Tapi bagi saya ini adalah satu ingatan…kerana buat pertama kalinya saya mengalami keadaan ini rasa mungkin ini adalah yang pertama dan terakhir bagi saya ‘ketiadaan handphone’…susah..memang susah !! kebanyakkannya di nombor – nombor penting rakan – rakan niaga saya ada di dalam tu…ceh ! [ padahal baru mahu mula ebiz ] tapi tu lah sekali buka tadi memang hilang semua nombor – nombor tu …tu pasal bila ada member – member mesej atau call saya tak tahu sapa ?! minta maaflah yer !

oklah berbalik kepada Ebiz nie…sekarang ni saya baru mula menggumpul bahan, cuba untuk mencari sumber rujukan berkenaan dengan ebiz nie…rasa macam best pula bila baca ramai di antara rakan – rakan di Malaysia ini khusunya yang sudah mula bergiat aktif dengan Bizniz Internet ini…

Dah selalu lepak di cyber…mungkin inilah salah satu lagi cabang untuk sesapa saja termasuk saya yang berkeinginan untuk menjana pendapatan di Internet...terima kasih kepada Smartzul dan rakan – rakan lain yang mana telah memberikan panduan @ ilmu berkenaan dengan bagai mana kita Boleh mendapat / menjana pendapatan melalui internet…

Sekarang nie saya nak kena fahamkan dulu ebiz…perancangan memang dah ada… tapi sebelum itu kena timba ilmu…sambil – sambil tu kling ! klilng ! [ idea ebiz saya  ]…memang dah tak sabar…tapi tunggguuu !!!

ps : apapun yang kita lakukan, yang penting kita kena ada ASAS…sapa yang terbaca blog ni bagi rakan – rakan ebiz yang dah PRO pasti akan tersenyum [ macam pernah dengar jer ayat tu ]

wassalam





BILA AKU BERCERITA…

19 02 2007

18 Februari 2007 :: Ahad

Penting tak penting tapi aku nak juga critakan dan nak kongsikan semua yang sedang membaca blog aku sekarang ni..terima kasih…Jam 10.00 pagi – ‘housemate’ aku minta hantar gi simpang dekat jalan utama ..sebab dia kata teksi tak ambil sebab dah penuh…siap booking tu..kesian juga kat housemate sebab dia kena tunggu, sekali tengok tak kena ambil pula..kebetulan pagi tu memang aku nak beli gas hihihi…semalam gas abis !!! time tu aku nak masak ayam …tak jadi aku ‘try’ resipi baru….tet !

 

Masa di kedai runcit di IP..time aku nak bayar di kaunter..depan aku ada seorang atuk lelaki…dia mau beli coklat [ coklat tersebut diletakkan di atas meja ]…rasanya dia mau bagi kat cucu dia

 

Tapi apa yang menyentuh hati aku…masa dia nak bayar..tetiba ’casher’ tu kata ‘pakcik dua ringgit lebih nie’…harga bagi coklat yang di ambilnya. Mungkin duit atuk tu tidak cukup..dia letak balik coklat itu di tempat dia ambil tadi..masa dia lalu depan aku..aku nampak dia masukkan duit seringgit di poket bajunya.

 

Astagfirullah..terfikir oleh ku apa perassannya masa itu…kalau lah coklat itu hendak diberikan kepada cucu atau sesiapa saja yang sememangnya dia rasa dia nak bagi..mungkin ada sedikit kehampaan yang di rasainya kerana dia tidak mampu berbuat demikian…aku keluar dari kedai kerana pada ketika itu terlalu ramai orang yang hendak berurusan di kaunter.

 

Aku perhatikan atuk tadi sedang berjalan di hadapan klinik sihat…selang beberapa kedai dari kedai yang di tinggalkan tadi…aku masuk semula ke kedai dan mengambil coklat, aku lihat coklat yang di letakkan oleh atuk itu tadi masih lagi ditempat yang sama. Selesai di kaunter, aku cari atuk tadi di kawasan yang dia lalu…kawasan restoran ziemal pun dia tiada…lihat di kawasan perumahan pun dia tiada…pendek kata semua kawasan kedai di IP tu memang sudah di tengok kalau – kalau atuk tadi tu masih ada…tapi sayangnya memang aku tak jumpa…jauh di sudut hatiku..mungkin ini bukan rezki untuk aku berjumpa semula dengannya…meskipun sedikit rasa kecewa hadir di hatiku sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan kerana aku tidak dapat memberikan coklat yang mungkin ‘biasa’ bagi kita tapi bagi atuk itu…coklat itu mungkin adalah hadiah paling bermakna buat sesiapa yang menerimanya…Semoga kebahagian..keselamatan dan kesejahteraan di berikan kepada atuk dan keluarganya

 

Keadaan itu bermain di fikiran ku…inilah kehidupan ! aku menarik nafas panjang kerana peristiwa pagi itu mengingatkan aku pada kejadian ketika aku berjumpa dengan atuk selepas sembahyang jumaat di masjid bandaraya suatu ketika dulu…apapun kepada sesiapa yang sedang membaca blok ku ini…untuk memberi peringatan kepada diriku dan juga sesiapa saja…sayangilah keluarga selagi mereka masih ada di dunia ini…kasih sayang, kebahagian dan kegembiraan orang – orang yang kita sayangi itu tidak akan ada penggantinya ..sayangi mereka seadaanya

Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini dalam apa jua perkara [ kebaikkan ] yang kita lakukan…

 

ps :: bumi mana tidak di timpa hujan…laut mana tidak bergelora…adakalanya kita sebagai manusia biasa punya masa gembira dan berduka… kita perlu ingat ! tinggi mana darjat yang kita ada…bila tiba saatnya hanya kain putih yang akan membaluti kita…syukurilah apa yang kita miliki kini dan ingatlah pada insan – insan lain yang memerlukan…meskipun mereka diklasfikasikan dalam kumpulan orang – orang misikin…tapi mereka juga punya hak untuk tersenyum di bumi milik Allah ini…